BAGI mereka yang sukakan suasana damai dan nyaman tanpa hiruk pikuk kebisingan kota, Tasik Pedu mungkin boleh dijadikan pilihan utama.
Terletak di penghujung Daerah Padang Terap, Tasik Pedu sememangnya diakui bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam fiona bahkan memiliki pelbagai lokasi yang pasti menggamit para pengunjung untuk datang lagi.
Salah satu yang menjadi daya tarikan disini ialah kewujudan Rumah Bot Seri Mahawangsa. Rumah ini yang berkeluasan 800 kaki persegi memiliki dua bilik untuk didiami pada satu-satu masa.
Antara pakej yang ditawarkan bagi mereka yang menjadi pengunjung rumah bot itu ialah aktiviti memancing, menjala, menjelajah hutan, melihat burung, berkenu dan bermain-main dengan ikan sekitar rumah bot.
Selain itu, para pengunjung terutama kaki pancing boleh mengadakan BBQ dengan hasil ikan yang berjaya ditangkap dan mengimbau kenangan berada disana dengan teman-teman.
Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menghuni rumah bot dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan boleh menghubungi Amir di talian 019-4364807 atau layari Facebook Amireco PeduLake