Selamat Datang ke Direktori Memancing!

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Dalam usaha menyemarakkan lagi dunia memancing, Direktori Memancing (DM) rasa terpanggil untuk menyediakan satu direktori khas memancing.

Ia juga sekaligus sebagai tanda sokongan dalam menghimpunkan seluruh blog memancing dari Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan negara-negara Asean lain dibawah satu bumbung. Seluruh kaki pancing baik di kolam air tawar, kolam air masin, kolam udang, sungai, tasik, pulau dan lain-lain lokasi yang memiliki blog @ website masing-masing amat dialu-alukan.

Butiran maklumat adalah seperti berikut:
Nama Sebenar Blogger
Nama Samaran Blogger (dalam blog)
Nama Blog
Alamat URL
Lokasi/Kawasan Blogger
No. Contact
Kategori - akan ditentukan oleh redaksi DM

Justeru, Anda digalakkan untuk letakkan logo beserta url Direktori Memancing di blog masing-masing bagi membolehkan lebih ramai pelawat mengetahui direktori blog-blog memancing.

Untuk pengetahuan semua, objektif DM lebih fokus kepada menyenaraikan nama dan update blog memancing dan hanya akan menerbitkan artikel sendiri mengikut kesesuaian masa. DM akan cuba menyenaraikan sebanyak mungkin blog memancing aktif untuk diterbitkan. Atas sebab itu, DM tidak digalakkan diletakkan di ruangan link berbentuk artikel mana-mana blog memancing.

Buat permulaan, sila salurkan segala maklumat tersebut ke email: direktorimemancing@gmail.com

Terima kasih atas kerjasama diberi.

Redaksi Direktori Memancing (DM)

Jom "like" FB Page Direktori Memancing

Pertandingan Memancing Terbuka sempena Pesta Konvo UMP 11 Nov 2017

Pertandingan Jelajah Pancing KL di Tasik Metropolitan Kepong 26 Nov 2017

Ranking DM di World Sites

SENARAI BLOG MEMANCING ASIA TENGGARA [SOUTH EAST ASIA]

ARTIKEL & UPDATE

MALAYSIAN ANGLER'S

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

02 November 2009

DM terima sambutan amat memberangsangkan!

SEJAK diterbitkan beberapa minggu lalu, Direktori Memancing (DM) telah menerima sambutan amat memberangsangkan bilamana ada sahaja blogger's terutama kaki pancing dan angler's team mengirim butiran pelbagai info menerusi email pada setiap hari.

Sekurang-kurangnya penerbitan blog berbentuk direktori ini dapat memenuhi citarasa dikalangan kaki pancing yang barangkali mengalami sedikit kesukaran sebelum ini untuk mengetahui perkembangan artikel terkini dan blog paling aktif dalam arena memancing.

Pihak DM juga menerima beberapa cadangan yang datangnya daripada blogger's memancing termasuk geng Selayang Group Angler's yang menggesa diadakan satu perjumpaan dikalangan blogger's di Malaysia. Sesungguhnya, cadangan tersebut merupakan satu idea yang cukup bernas memandangkan setakat ini belum ada usaha-usaha dibuat ke arah itu. Berbeza sekali dengan blogger's kita di arena politik, hiburan dan sukan yang sudah menubuhkan satu komuniti mereka demi kebaikan bersama.

Pada peringkat permulaan, DM fikir ada baiknya blogger's yang dianggap otai tampil dan memberi pandangan. Tidak salah andai blogger's seperti Fahiz (Memancing@Fishing), Kelah Merah, Papa mafia, Mat Maggie, Cikgu Akbar (Temerloh Patin) dan beberapa blogger's yang tidak dapat disebut bergabung dengan tenaga utama team angler's misalnya dari Unipro Fishing, Geng Joran Sabah & Labuan, Selayang Group, KPAS, Team Joran UKM, PemancingKota serta Ngail Pah Ceroh merangka usaha murni ini.