Selamat Datang ke Direktori Memancing!

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Dalam usaha menyemarakkan lagi dunia memancing, Direktori Memancing (DM) rasa terpanggil untuk menyediakan satu direktori khas memancing.

Ia juga sekaligus sebagai tanda sokongan dalam menghimpunkan seluruh blog memancing dari Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan negara-negara Asean lain dibawah satu bumbung. Seluruh kaki pancing baik di kolam air tawar, kolam air masin, kolam udang, sungai, tasik, pulau dan lain-lain lokasi yang memiliki blog @ website masing-masing amat dialu-alukan.

Butiran maklumat adalah seperti berikut:
Nama Sebenar Blogger
Nama Samaran Blogger (dalam blog)
Nama Blog
Alamat URL
Lokasi/Kawasan Blogger
No. Contact
Kategori - akan ditentukan oleh redaksi DM

Justeru, Anda digalakkan untuk letakkan logo beserta url Direktori Memancing di blog masing-masing bagi membolehkan lebih ramai pelawat mengetahui direktori blog-blog memancing.

Untuk pengetahuan semua, objektif DM lebih fokus kepada menyenaraikan nama dan update blog memancing dan hanya akan menerbitkan artikel sendiri mengikut kesesuaian masa. DM akan cuba menyenaraikan sebanyak mungkin blog memancing aktif untuk diterbitkan. Atas sebab itu, DM tidak digalakkan diletakkan di ruangan link berbentuk artikel mana-mana blog memancing.

Buat permulaan, sila salurkan segala maklumat tersebut ke email: direktorimemancing@gmail.com

Terima kasih atas kerjasama diberi.

Redaksi Direktori Memancing (DM)

Jom "like" FB Page Direktori Memancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Ranking DM di World Sites

SENARAI BLOG MEMANCING ASIA TENGGARA [SOUTH EAST ASIA]

ARTIKEL & UPDATE

MALAYSIAN ANGLER'S

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

06 Jun 2010

Artikel Pilihan Blog Pancing Minggu Pertama Jun 2010

BLOG PILIHAN RAKAN PANCING
MINGGU INI
Tarikh: Minggu Pertama Jun 2010

MALAYSIA
Tajuk: ROMBONGAN KE KAPAL BATIK DAN KARANG 250
Nama Blog: Info Pancing Anda

Lebih kurang sebulan perancangan dibuat, satu perjalan kali ini telah diatur pada 3/6/2010 hingga 5/6/2010. Trip dirancang untuk perjalanan ke Kapal Batik, Kapal TV, Karang 250, Tukun Azizan dan Kapal 33.

Sebanyak 8 orang pemancing untuk perjalanan kali ini dan anggota yang dipilih ialah Bidin, Gie, Alias MADA, Pak Long Bri, Zan Emas, Jat, Mat dan Aimy MARA.

Seminggu sebelum bertolak tekong memberitahu perjalanan dipercepatkan iaitu 2/6/2010 pada pukul 12.00 malam dan pulang pada 5/6/2010 pada pukul 8.00 pagi. Apabila diberitahu semua anggota bersetuju dan kami bertolak dengan Tekong Usup Jarum Mas di Jeti IKLM Kuala Sala.

Selanjutnya sila klik disini


INDONESIA
Tajuk: MANCING KULINER
Nama Blog: Mancing Gembira

Bagi sebagian orang, kegiatan mancing adalah berfokus pada target untuk strike ikan besar sebanyak-banyaknya. Namun akhir-akhir ini berkembang aliran yang sedikit nyeleneh yaitu mancing kuliner, dimana para pelaku kegiatan mancing ini tidak lagi tertarik untuk mencari ikan sebanyak-banyaknya namun lebih berfokus pada bagaimana mendapatkan ikan secukupnya untuk diolah dengan keahlian masak tertentu kemudian dikonsumsi bersama-sama teman-teman mancing di atas kapal.

Umumnya para penggiat mancing kuliner ini adalah para pemancing yang sudah dewasa dalam memancing karena bukan lagi mengejar target ikan dengan quantitas dan kualitas besar, tetapi lebih kepada menikmati trip mancing sambil bersenda gurau dengan rekan-rekannya serta mengekspresikan kemampuannya mengolah ikan hasil pancingan. Mereka benar-benar menikmati trip mancing tersebut tanpa menargetkan hasil pancingan yang muluk-muluk.

Selanjutnya sila klik disini

BRUNEI
Tajuk: PARI @ TUMASEK
Nama Blog: Bait Fighter

Pada malam minggu yang lepas, beberapa urang member turun ke tumasek kan merambat udang..pada mlm atu air surut ja..semasa merambat durang pun ngambil kesempatan kan mengail..siuk2 merambat kana anggut tia kail sipimping ni..panya luih pari..aha..nda sangka luih pari walaupun merambat udang nda berapa bnyk..

Selanjutnya sila klik disini


SINGAPURA
Tajuk: Zzplex 3500 shv20
Nama Blog: Any Kast, Any Fish Surfcasting Group

Selanjutnya sila klik disini