06 Disember 2016
13 Oktober 2016
10 September 2016
31 Ogos 2016
Rumah Bot Seri Mahawangsa tarikan terkenal Tasik Pedu
BAGI mereka yang sukakan suasana damai dan nyaman tanpa hiruk pikuk kebisingan kota, Tasik Pedu mungkin boleh dijadikan pilihan utama.
Terletak di penghujung Daerah Padang Terap, Tasik Pedu sememangnya diakui bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam fiona bahkan memiliki pelbagai lokasi yang pasti menggamit para pengunjung untuk datang lagi.
Salah satu yang menjadi daya tarikan disini ialah kewujudan Rumah Bot Seri Mahawangsa. Rumah ini yang berkeluasan 800 kaki persegi memiliki dua bilik untuk didiami pada satu-satu masa.
Antara pakej yang ditawarkan bagi mereka yang menjadi pengunjung rumah bot itu ialah aktiviti memancing, menjala, menjelajah hutan, melihat burung, berkenu dan bermain-main dengan ikan sekitar rumah bot.
Selain itu, para pengunjung terutama kaki pancing boleh mengadakan BBQ dengan hasil ikan yang berjaya ditangkap dan mengimbau kenangan berada disana dengan teman-teman.
Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menghuni rumah bot dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan boleh menghubungi Amir di talian 019-4364807 atau layari Facebook Amireco PeduLake
02 Julai 2016
15 Jun 2016
04 Mei 2016
Pelepasan ikan sempena Cabaran Memancing KUIS-MASTIKA-INFINITI 2016
Acara pelepasan ikan oleh pihak pengurusan tertinggi KUIS dan Utusan Karya Sdn. Bhd. telah berlangsung di Tasik KUIS semalam bersempena CABARAN MEMANCING KUIS-MASTIKA-INFINITI 2016.
Foto Kredit:: KUIS
21 Februari 2016
Zira Mohd Kemensah Chalet janjikan kepuasan dan hirup udara segar
INGIN menghirup kesegaran udara di dalam kawasan hutan dalam bandar, anda boleh merasai dengan menginap di Zira Mohd Kemensah Chalet dengan harga berpatutan.
Ia terletak 4km dari belakang Zoo Negara Hulu Kelang. Selain penginapan bersantai, turut disediakan kemudahan BBQ, kolam mandi-manda yang pasti menyajikan kepuasan diri.
Chalet ini juga bersebelahan dengan Kolam Pancing Ruskijang Fishing Park, Kemensah yang bisa memberi peluang buat anda memenuhi hobi memancing.
Info lanjut, hubungi Mohd 017-2196043.