Selamat Datang ke Direktori Memancing!

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Dalam usaha menyemarakkan lagi dunia memancing, Direktori Memancing (DM) rasa terpanggil untuk menyediakan satu direktori khas memancing.

Ia juga sekaligus sebagai tanda sokongan dalam menghimpunkan seluruh blog memancing dari Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan negara-negara Asean lain dibawah satu bumbung. Seluruh kaki pancing baik di kolam air tawar, kolam air masin, kolam udang, sungai, tasik, pulau dan lain-lain lokasi yang memiliki blog @ website masing-masing amat dialu-alukan.

Butiran maklumat adalah seperti berikut:
Nama Sebenar Blogger
Nama Samaran Blogger (dalam blog)
Nama Blog
Alamat URL
Lokasi/Kawasan Blogger
No. Contact
Kategori - akan ditentukan oleh redaksi DM

Justeru, Anda digalakkan untuk letakkan logo beserta url Direktori Memancing di blog masing-masing bagi membolehkan lebih ramai pelawat mengetahui direktori blog-blog memancing.

Untuk pengetahuan semua, objektif DM lebih fokus kepada menyenaraikan nama dan update blog memancing dan hanya akan menerbitkan artikel sendiri mengikut kesesuaian masa. DM akan cuba menyenaraikan sebanyak mungkin blog memancing aktif untuk diterbitkan. Atas sebab itu, DM tidak digalakkan diletakkan di ruangan link berbentuk artikel mana-mana blog memancing.

Buat permulaan, sila salurkan segala maklumat tersebut ke email: direktorimemancing@gmail.com

Terima kasih atas kerjasama diberi.

Redaksi Direktori Memancing (DM)

Jom "like" FB Page Direktori Memancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Ranking DM di World Sites

SENARAI BLOG MEMANCING ASIA TENGGARA [SOUTH EAST ASIA]

ARTIKEL & UPDATE

MALAYSIAN ANGLER'S

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

24 April 2010

Artikel Pilihan Blog Rakan Pancing Minggu ini


BLOG PILIHAN RAKAN PANCING
MINGGU INI

MALAYSIA

Tajuk: Laporan Ke-2 Trip ke Takat 350
Nama Blog: Team Ombak Biru

Inilah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh K.O.B untuk tatapan pengunjung Blog T.O.B.Bolehlah dikatakan trip kali ini merupakan trip paling mengecewakan...biasanya seorang dua sahaja yang kecewa....tapi kali ini hampir kesemua geng-geng meluahkan rasa kekecewaan akibat: 1. cuaca yang berubah disaat akhir yang mengakibatkan kami dilambung ombak setinggi 2-3 meter selama 2 malam 2 hari dah hari ketiga barulah ombak reda dan selesa memancing.2.Sauh yang sentiasa tidak melekat didasar pada kedalaman 70 meter & akibatnya kapal sentiasa tersasar dari takat.3.Suhu air terlalu sejuk mengakibatkan ikan langsung tidak mahu menjamah umpan.4.Masakan anak kapal yang begitu teruk.5.Keperluan air dari tangki utama yang tidak mencukupi untuk bilik mandi,tandas dan singki.6.Penjana kuasa elektrik yang tidak berfungsi dan ke 7 ais yang tidak mencukupi.

Selanjutnya sila klik disini

BRUNEI
Tajuk: Batman returns go fishing offshore
Nama Blog: Batman Returns Go To Fishing

Our trip this time was a different story.Departed around 5.10pm.The weather that time was no bad lah.Just before dark, the wave was getting bigger but still ok. During early night, our fishing was very good. Mcm ikan kami dapat.Not ikan saja kami dapat kancang2, but angin ribut jua.Basar2 ikan kami dapat malam atu. he..hee liat saja dalam gambar atu.After midnight, ada angin ribut meniup dan hujan.We decided to stayback,bertahan until suboh. After the wave atu a bit friendly, baru tah kami balik.Pasal malam atu banyak batang hanyut di laut.It was very dangerous klu balik.Sakit badan tangahnya.Ombat atu bah liar.Rezeki kami kali ani Alhamdulillah kana bagi jua.Walau pun byk rintangan.

Selanjutnya sila klik disini

INDONESIA
Tajuk: Sensasi Mancing Monster Alor
Nama: Mancing Gembira

Alor merupakan salah satu kabupaten yang terletak di provinsi Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Ibukota Alor berada di Kalabahi. Penduduk Alor berjumlah 150.000 jiwa, sedangkan luasnya adalah 2.864,6 KM2. Kabupaten ini berbentuk kepulauan dan dilintasi jalur pelayaran dagang internasional ke Samudera Pasifik.

Selanjutnya sila klik disini

SINGAPORE
Tajuk: Herman and Hairi...Soooo peh piao!
Nama Blog: Any kast, Any Fish Surfcasting Group

On April the 3th, Herman's friend Hairi (center), caught this ray estimated 8kgs to 10kgs at the eastern shoreline of Sg at about 7pm when it rained. There is also garoupa and marine catfish. Peh piao.

Selanjutnya sila klik disini

06 April 2010

Kolam Tok Batin Selayang dinaiktaraf dengan blog terbaru

Keindahan dan udara nyaman Tok Batin memukau ramai kaki pancing.

Kolam Pancing Tok Batin adalah sebuah kolam pancing yang sememangnya cukup dikenali dikalangan kaki pancing di sekitar Lembah Klang terutama di kawasan Selayang. Bagaimanapun, ia agak asing bagi mereka yang baru mencuba di arena ini.

Baru-baru ini, pengurusan kolam tersebut diketuai Cikgu Hazlee telah melakukan kejutan dengan melakukan ubahsuai kolam serta paparan sebuah blog baru Tok Batin untuk kemudahan kaki pancing.

Untuk melihat foto terbaru mengenai kolam ini, sila klik Kolam Tok Batin